Friday, September 16, 2011

HOMEtown

Hati berbunga-bunga bila pagi raya.. sematkan baju kurung ketubuh sambil mendandan rambut yang panjang keparas pinggang ni supaya nampak kemas..comel..sweet...hehehe.. selamat pagi malaysia..selamat hari raya semua..Tahniah kepada semua yang berjaya melaksanakan ibadah puasa sebulan dengan lengkap..so aktiviti di pagi raya ni seperti biasa..mengadap dua insan yang berhempas pulas membesarkan anak daranya yang semakin mengenal kehidupan yang makin hari makin mencabar ni...setiap kata setiap luahan yang dikeluarkan dari mulut pagi tu buatkan suasana jadi sayu..bila berderainya air mata ke bumi itu menunjukkan betapa hati ini luluh mengingatkan pelbagai peristiwa yang berlaku sejak hari pertama berada di dunia hingga hari ini..buat mama dan abah...anakmu memohon seribu keampunan sekiranya terlalu banyak kesilapan yang diri ini lakukan..buat abang sebagai anak perempuan sulung..sepuluh jari ku susun menyentuh genggaman tanganmu memohon keampunan..buat dua adik perempuan ku..sama2 lah kite 0-0 yeeee...heee..dan buat makcik yang sentiasa ada bersama kami...mak jang...ampunkan kesilapan kami sekeluarga :).. selepas selesai sesi bersalaman bersama keluarga.. terasa segan pulak nak makan pagi2 buta ni sbb rase macam mood puasa lagi hahaha..sambil tu kemas2 beg sebab nak balik kampung...seronoknyeeeeee...


Bila jam menunjukkan tepat pukul 12pm..berangkatlah angkatan keluarga ini memulakan perjalanan ke raub,pahang..perjalanan agak perlahan bila perkara yang x dijangka terjadi (jalan jem dari kl sampai lah ke tol gombak sambung ke tol berikut nye dah sampailah ke simpang raub... bila masuk raub at first laju je abah bawak kete pastu tibe2 jem sampaaaaaiiii umah pakngah...)


Sesampainye kami ke rumah pakngah dan makngah..tersenyum lebar dua wajah yang kami rindu tu bila tengok kitorang sampai dengan empat buat kereta dengan cucu2 yang kecik berlari2 nmpk kampung yang hijau dengan tanaman atok nye..hehe.. sangat natural.. lepas semua bersalam-salaman..masa utk kite menjamu selera


semua berselara makan ketupat lemang rendang kuah kacang
sampai x layan flash di sini -__-


kaum hawa tunggu turn makan 


si comel arissa dengan tok su nye 
arissa dengan baju kurung nampak sweet kan

Selepas semua kekenyangan makan segala juadah yang tersedia..kami bergerak ke rumah yang lama sudah kami tidak kunjungi iaitu pusara arwah atok di hujung kampung...dalam hujan yang membasahi bumi dengan kehijauan alam maya..terasa sejuk sangat hati ni..hilang segala masalah yang terbuku di dada..terdetik kat hati "kan best kalau si dia ada bersama ;p" tapi xde gambar la nak share sebab masa pergi ke kubur tu tak bawak phone.. sebab excited nak berjalan kat dalam kampung.. ada kejadian yang melucukan hati kami anak beranak bila kami nak berkunjung ke pusara..sedang masing2 berjalan dengan berpayung ke pusara berhenti sebuah motosikal milik seorang lelaki dalam lingkungan separuh abad di depan kami sambil bercakap sesuatu yang kami pon x pasti apa yang nak disampaikan..bila ayat terakhir bau lah kami faham yang die sedang menyumbangkan serangkap pantun buat kami... ayat yang terakhir yang kami dapat tangkap..
"walau berpayung tempias jugak"
habis je pantu tersebut pak cik tu terus press motor die laju2 hilang dari pandangan kami yang sedang tercengang dengan kelakuan die... berbudi bahasa sungguh orang kampung kan.. tiba2 terasa bangga pulak jadi anak pahang..sbb selalu nya org cakap orang pahang ni bersopan santun hehehe


selepas selesai kunjungan kami dan sedekah kan Al-Fatihah..kami pun berlalu meninggalkan pusara dan terus ke sebuah rumah hujung kampung... aku ingt lagi masa kecik2 dulu pergi rumah die aku panggil nenek tu nenek itik.. sebab die jaga banyakkkkk sgt itik2 yang suka kejar orang tambah pulak dengan dia suka bawak parang panjang kat pinggang die...dulu takut sgt..tapi kali ni kali ni jumpa die..die dah x jaga itik lagi dah x pegang parang lagi...tapi masih kuat walaupun umur die menjangkau 95tahun..masih boleh berjalan kemasjid tanpa bantuan orang cuma mata je x berapa nampak.. tapi seronok dapat jumpa nenek sedara dan makcik2 sedara yang telatahnye buat aku ketawa seharian...loghat raub ni memang boleh buat aku pecah perut hahahahahahah.....setelah lama kami berloghat semantan di situ kami pon beredar meninggal kan orang tua itu yang sgt gembira dengan kehadiarang kami sampai die suruh kami tido situ malam tu..hehe takpelah nnt kami datang lagi ye wan.. :)


Hari semakin petang kami teruskan perjalanan ke rumah Pak ude.. orang yang dah laaaaame sgt kami x jmp..apa khabar lah agak nye die... bila jumpa je, tengok die nampak sihat je badannye walaupun usianya sudah 63tahun..kuat betul orang2 kampung kan.. bersembang2 tentang cerita adik2 beradik mereka.. kami yang anak2 ni seronok melayan kueh raya dah duit raya..lalalala selesai kami bersalam..kami pon balik rumah..semua mandi siap2..sembahyang..rehatkan badan sekejap pastu tggu masa untuk makan malam...



aktiviti malam , sebelum makan..kalau duduk kat kampung kan kite lepak2 di tangga sambil bergosip masing2 punye cerita haha...sambil menikmati keindahan budak2 kecik main bunga api ,mercun , main congkak pon ade...;p




SECOND DAY

Good morning !! nak bangun pagi kat kampung tu mg rasa liat sebabkan suasana sejuk tu buatkan kita rasa nak tarik lari selimut sampa ke petang haha...tapi rugi la kalau tido sebab kita pergi mandi sungai...heeeeeeeeee.....JOMMMM!!!





No comments:

Post a Comment