Wednesday, October 27, 2010

KENAPA BUAT BLOG ?


entry kali ni nak menjawab apa yang di soalkan tu.. (tajuk di atas) , kenapa buat blog yea?
okey sebab yang utama kenapa saya buat blog adalah kerana saya ni seorang yang sangat menyukai bidang penulisan tapi bukan lah sebaik penulis2 yang mampu menulis sebuah karya agung , tapi sekadar tulisan yang saya sendiri yang akan menilai apa kandungan yang saya tulis itu, kalau nak buat karya agung rasenye terlalu muda untuk terjun kebidang itu and saya ni x lah sebagus itu..kalau nak menulis ikut hati boleh la.kalau nak menulis ikot keindahan payah kot..huu..
sebab yang kedua , saya menggunakan blog ni sebagai suatu tempat saya meluahkan , memuntahkan mencampakkan, membuangkan , menarikkan , me ape lagi ? hehe..okey sebenarnya ni la space untuk saya menyebarkan hati yang gembira , duka , ketawa , benci , marah and smue2 feelings la.. pendek kate kalau rase x puas hati kat orang pon ni lah tempat lepas geram, errmm bukan ka itu bagos daripada saya pergi jumpa orang yang sy agak benci itu pastu saya cocok mate die..x pon congkil sampai terkeluar? haaaa x baek kan...so better saya gunakan space ini untuk bergadoh sorang2..hihi ade kabaikan jugak tu
sebab seterusnya , saya ni kan gila IT, technology, multimedia, so blog ni jugak menjadikan saya lebih creative daris egi media yang baru, contohnya saya mengedit gamba dan masokkan dalam blog ini. bila tengok sendiri kadang2 puas hati kadang2 x puas hati , hehe x kesahlah tapi inilah tempat yang boleh mencabar tahap kreativiti saya yang sebelum ini juga belajar dalam bidang multimedia, sekurang-kurangnnya tidak lah terhenti segala ilmu yang saya pelajari masa di universiti dahulu kan kan
okey, seterusnya , saya rase blog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana saya dapat berkongsi diari jam, minit saat saya , seolah2 diari yang tidak tersembunyi , mungkin ada yang berkata kite buat untuk menunjuk2 , tapi x salahkan rasenye kite menunjukkan warna warni kehidupan kita yang adakala nya gelap dan adakala nya terang, bukannya hidup di dunia ni x pernah gelap langsung, so di samping adanya keindahan Tuhan itu maha adil , Dia akan menguji setiap hambaNya di alam ciptaanNya ini.
seterusnya mengapa saya membuah blog ini adalah saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang saya panggil kehidupan dunia yang pinjaman sementara , satu hari nanti kita semua akan kembali ke Dunia terakhir yang kekal abadi untuk semua makhluk yang berada di muka bumi ini, soo mungkin saya boleh meninggalkan satu keindahan yang mungkin akan menjadi satu tanda buat semua yang pernah mengenali saya . sebab benda ini pernah terjadi kepada sahabat saya yang kini telah kembali ke Rahmatullah..sekarang ni walaupon tiada update dari blog tersebut tetapi blog tersebut tetap menjadi perhatian saya untuk bukak lagi , sebab dari situ baru saya tahu pahit manis sakit riang gembira lapar dahaga susah senang yang pernah dia lalui..terkadang menitis air mata , yang kedua pulak ada satu blog yang sangat2 memberi pengertian kasih sayang , kehidupan , menghargai kehidupan dan macam2 lagi..iaitu blog mengenai Alanna Qish..kalau nak bercerita pasal blog itu mungkin terlalu panjang dan terlalu rendah rase saket yang saya alami berbanding dengan mummy Alanna Qish.. tetapi sangat2 memberi pengajaran kepada saya..hurmmm rasenye banyak sebab mengapa saya buat blog ini.. bukan nak membangga atau bukak pekung di dada tapi sekarang luahan jiwa yang kadang2 boleh buat muka tersenyum ketawa terbahak2 , menangis , itu semua perasaan manusia, tiada salahnya sekiranya kita mempunyai perasaan tersebut..

kata hati : sekeping kertas kadang2 lebih memahami dari sekeping hati

No comments:

Post a Comment